Logo JPKK dengan dua orang pembersih di tepi dan pengawal keselamatan di tengah

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan adalah inisiatif untuk mendesak kerajaan Malaysia untuk mengembalikan semula semua pekerja kontrak di premis kerajaan untuk menjadi sebahagian daripada pekerja tetap.

Ikut kami di Facebook, Twitter dan Instagram.

Sistem Aduan Pekerja (SiAP)

Sistem Aduan Pekerja. Telefon nombor 01110767989

Hotline JPKK turut nenerima banyak panggilan daripada pekerja yang sedang dibuang kerja, potongan gaji dan banyak lagi masalah lain.

Jika anda memerlukan sebarang nasihat undang-undang pekerjaan, hubungi Hotline JPKK di talian 01110767989.

10 Soalan Lazim. 1. Apa itu Siap? 2. Apa tujuan Siap? 3. Adakah kes akan ditujukan kepada pihak berkuasa?
4. Kena bayar ke? 5. Apakah jenis masalah yang boleh diadukan? 6. Apakah waktu operasi Siap? 7. Apakah nombor talian hotline?
8. Khidmat Siap untuk siapa? 9. Adakah maklumat daripada pengadu selamat & terjamin? 10. Adakah Siap boleh bantu saya cari kerja

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi SiAP (011-10767989).

Sistem Kontrak

Pekerja kontrak memegang sepanduk yang mengatakan "Hapuskan sistem kontrak!"

Pekerja kontrak di premis kerajaan tidak menikmati pelbagai faedah pekerjaan dan hak asasi mereka dari syarikat pihak ketiga.

  • Gaji tidak dibayar tepat pada waktunya

  • Gaji tidak naik

  • Cuti ditolak gaji

  • Tiada slip gaji rasmi

  • Pembuangan kerja yang tidak munasabah

  • KWSP / SOSCO / EIS tidak disumbangkan oleh majikan

  • Penswastaan itu tidak menjimatkan kos untuk kerajaan Malaysia

  • Peralihan kos memberi tekanan kepada kementerian lain

  • Syarikat pihak ketiga meningkatkan kos dan mengurangkan kecekapan perkhidmatan

Tuntutan Kami

Pekerjaan Tetap
Penyerapan semula pekerja kontrak di premis kerajaan seperti pekerja pembersih, pengawal keselamatan dan tukang kebun sebagai pekerja tetap di premis kerajaan.

Hapuskan Orang Tengah
Hapuskan kronisme dan orang tengah (kontraktor).

Kurangkan Birokrasi
Kurangkan "red tape" dan tingkatkan kecekapan dalam pentadbiran.

Petisyen Hapus Sistem Kontrak

Pembersih dan pengawal keselamatan dengan kotak teks yang mengatakan "Hapus sistem kontrak. Jaminan kerja hak semua!"

Tandatangani Petisyen Untuk Hapuskan Sistem Kontrak!

Berita

Kenyataan Akhbar

Kenyataan Akhbar: 19 November 2020

JPKK LANCARKAN KEMPEN DESAK SISTEM KONTRAK DI HOSPITAL DAN SEKOLAH DIHAPUSKAN

Kembalikan Jaminan Kerja

Sebelum pertengahan 1990an, semua pekerja pembersihan, pekebun dan Pengawal keselamatan di Sekolah dan Hospital adalah pekerja kerajaan yang mempunyai jaminan kerja. Namun sejak dasar pengswastaan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke 4 – Tun Dr. Mahahtir pada tahun 1996, sistem ini telah ditukar kepada sistem kontrak yang telah menghancurkan jaminan kerja dan mengujudkan budaya kronisma.

Tindakan keajaan ini adalah bercanggah dengan undang-undang buruh antarabangsa - ILO dimana kerja kontrak hanya diberi kepada kerja yang bersifat sementara atau bermusim. Pada tahun 2011, Kerajaan juga telah membuat pindaan dalam Akta Kerja 1955, iaitu mengiktiraf kontraktor untuk buruh dalam undang-undang. Pindaan undang-undang ini menghalalkan sistem kontrak dan merampas jaminan kerja bagi pekerja.

Keaddan ini menjadi lebih teruk pada masa Covid dimana golongan ini terus dianaktirikan dan tidak diiktiraf sebagai pekerja frontliner.

Justeru, pada hari ini, JPKK melancarkan kempen

HAPUS SISTEM KONTRAK – JAMINAN KERJA UNTUK SEMUA

Apakah matlamat utama kempen?

Untuk menyerapkan pekerja kontrak di premis Kerajaan sebagai pekerja tetap seperti zaman sebelum 1990an.

Apakah rasional kempen ini diadakan?

Supaya Kerajaan mengembalikan polisi sebelum 1990an, dimana serap pekerja-pekerja kontrak ini sebagai pekerja tetap supaya pekerja mendapat jaminan kerja, faedah yang lebih baik dan kerajaan juga boleh menjimatkan wang dengan menepikan orang tengah.

Kempen ini ditujukan kepada siapa?

Kempen ini ditujukan kepada pekerja-pekerja kontrak yang bekerja di premis Kerajaan seperti pengawal keselamatan, pekerja pembersihan dan pekebun dan membawa tuntutan mereka dan menuntut Kerajaan untuk menghapuskan sistem kontrak serta menjadikan mereka pekerja tetap.

Kempen ini dilancarkan oleh siapa?

Kempen ini dilancarkan oleh Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK). Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) adalah satu inisiatif untuk mendesak Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk menjadikan pekerja kontrak sebagai pekerja sepenuh waktu sehingga mereka dapat memperoleh jaminan pekerjaan, kenaikan gaji, dan manfaat lain yang dinikmati oleh pekerja tetap.

Apakah tuntutan utama kempen ini?

1. Serap pekerja kontrak sebagai pekerja tetap
2. Hapuskan budaya kroni dan orang tengah
3. Kurangkan pembaziran, cekapkan pentadbiran

Apakah aktiviti-aktiviti yang akan dibuat untuk mencapai tuntutan ini?

1. Petisyen online untuk mengumpulkan sokongan pekerja dan juga orang awam
2. Membincangkan tuntutan ini di forum, media social dan media cetak
3. Mendapat sokongan kumpulan lain seperti NGOs dan Kesatuan untuk menguatkan kempen
4. Membawa tuntutan ini kepada 4 kmenterian iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan.
5. Menyerahkan memorandum kepada YAB Perdana Menteri dan mengadakan mesyuarat dengan parti-parti pembangkang.

Berapakah pekerja yang akan mendapat manfaat dari kempen ini?

Dalam pengetahuan kami, hanya di Hospital dan Sekolah sahaja lebih kurang 250 ribu pekerja kontrak bekerja dan angka ini lebih besar jika diambilkira di seluruh premis atau bangunan Kerajaan.

Jika kita ambil keadaan pekerja kontrak ini semasa pendamik sekarang. Apa keadaan mereka?

Contohnya pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan di Hospital terutamanya tidak diiktiraf sebagai pekerja barisan hadapan (frontline workers). Pekerja-pekerja ini juga turut berdepan dengan ancaman Covid-19 setiap hari. Tetapi apabila Kerajaan mengumumkan faedah tambahan kepada pekerja barisan hadapan, dua golongan ini sudah dilupai. Ini kerana mereka bukan pekerja Kerajaan walaupun bekerja di premis Kerajaan. Ini menyedihkan!

Sistem kontrak ini diwujudkan untuk siapa sebenarnya? Siapa yang manfaatkan dari sistem ini?

Pada zaman pemerintahan Mahatir, bagi menjaga kepentingan kroni-kroni orang politik, sistem ini diwujudkan. Tiada telusan dalam proses tender yang dibuat oleh Kerajaan dimana sehingga kini Kerajaan tidak mendedahkan proses bagaimana seorang kontraktor dipilih dan atas dasar apa pemilihan ini dibuat. Kami, JPKK juga sering lihat kontraktor yang mempunyai banyak masalah pelanggaran undang-undang pekerjaan yang ada rekod aduan atau kes buruh di Pejabat kerajaan terus mendapat tender Kerajaan. Rekod mereka tidak dihiraukan, apabila Kerajaan tidak mendedahkan cara pemilihan, ia memberi gambaran jelas kepada kami bahawa ada pengaruh politik dalam pemberian tender.
Justeru, sistem kontrak yang dibawa melalui polisi penswastaan oleh Kerajaan lebih membawa kemudaratan daripada kebaikan. Sistem yang menyeksa dan memiskinkan pekerja bawahan B40 ini harus dihapuskan. Kerja pembersihan, pengawal keselamatan dan pekebun adalah kerja-kerja tetap. Kerajaan harus hentikan penyalahgunaan sistem kontrak kepada kerja-kerja tetap. Pekerja harus dibebaskan dari sistem kontrak ini.

Terima kasih.

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang kempen ini, boleh hubungi kami di talian 010-2402159 (Sivaranjani).